Sila klik follow dahulu sebelum copy bahan di blog ini

Wednesday, 11 July 2012

Sila add ke Facebook ni untuk memuat turun nota https://www.facebook.com/groups/182200801818557/

Thursday, 21 June 2012

TOPIK PEMBENTANGAN 2012

1. Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan
- Rumuskan konsep Pendidikan menurut pendapat tokoh pendidikan dalam dan luar negara
- Jelaskan sejarah pendidikan negara sebelum, pra, selepas merdeka.
- Analisis matlamat dan objektif Pendidikan dalam pembangunan Insan negara.

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPG) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
- Rumuskan Konsep FPK dan FPG
- Implikasi FPK dan FPG kepada pendidikan negara.
- Jelaskan rasional dan unsur utama dalam FPK dan FPG
-Analisis unsur utama dan implikasi FPK dan FPG dalam pelaksanaan pendidikan dan pembinaan ketrampilan dan jati diri murid dan guru.

3. Guru sebagai satu Profesion
- Jelaskan konsep keguruan sebagai satu profesion
- Jelaskan konsep Kod etika perguruan Malaysia dan kepentingannya.
- Analisis unsur kod etika perguruan Malaysia dan implikasi kepada akauntabiliti guru.
- Mengkaji dan membincangkan ciri-ciri dan kualiti seorang guru yg profesional.
- Jelaskan ciri-ciri dan kualiti guru yg profesional

TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN

4. Pendemokrasian Pendidikan
- Konsep pendemokrasian pendidikan
- Kesaksamaan pendidikan
-murid daripada keluarga kurang beruntung, murid istimewa, jantina, kelas bercantum,
sekolah pendalaman dan kurang enrolmen.
5. Pendidikan wajib untuk semua
- Jelaskan Pendidikan wajib untuk semua (Akta Pendidikan 1996)
- Jelaskan Implikasi pelaksanaan pendidikan wajib melalui Akta Pendidikan 1996.

6. Kepelbagaian Murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum.
- Pengubahsuaian pelaksanaan kurikulum berpusat mengambilkira faktor-faktor :
- Kepelbagaian Latar belakang dan ciri murid.
- Sekolah dan komuniti.

7. Permuafakatan Komuniti dan sekolah
- Konsep, rasional dan kepentingan komuniti dan sekolah.
- Hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti.
- Jelaskan Strategi membina permuafakatan sekolah dan komuniti.
8. Pendidikan dan pembangunan manusia
- Pembangunan insan seimbang
- Pembangunan sumber manusia
- Terangkan peranan pendidikan dalam pembangunan sumber manusia sejajar dengan keperluan dan wawasan negara.
-Jelaskan kepentingan rancangan pendidikan yg komprehensif dan bersepadu dalam pembangunan insan yg seimbang.

9. Globalisasi dan cabaran pendidikan
- Konsep globalisasi.
- Hubungan globalisasi dengan kepentingan
- Berikan contoh-contoh globalisasi dan kesan baik dan buruk terhadap manusia.
10. Globalisasi dan cabaran pendidikan
- Implikasi globalisasi ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran, pekerjaan dan
penjanaan ilmu.
- Cabaran globalisasi kepada dunia pendidikan.
- Analisis globalisasi dan kesannya ke atas pendidikan serta cabaran-cabarannya.
Peraturan;
1. Pembentangan hendaklah menggunakan power point dan handout disediakan kepada setiap kumpulan.

Penilaian
1. Kerja Kursus : 70%
2. Pembentangan : 20 %
3. Sikap dan Sahsiah : 10%

BUKU CADANGAN RUJUKAN
1. Falsafah dan konsep Pendidikan pengarang Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa
2. Teacher Education: Interface between practices and policies : The Malaysian Experience pengarang Ratnavadiel.
3. Pengajian Sosiologi dalam pendidikan pengarang Aini Hasan
4. Curriculum foundations principles and issues pengarang Omstein
5. Quality in Teaching pengarang Carr
6. Pengantar Teras Pendidikan pengarang Mok Soon Sang

Sunday, 17 June 2012

Selamat Datang

Selamat Bertemu diucapkan kepada pelajar-pelajar baharu semester 3 PPISMP ambilan Januari 2012

Sunday, 24 July 2011

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA

TUGASAN UNTUK KRITIKAN REVIEW PERLU DI HANTAR SELEWAT2NYA MINGGU INI PADA KHAMIS 28 JULAI 2011.

SERAHKAN MELALUI KETUA KELAS MASING2.

Thursday, 14 July 2011

SOALAN KERJA KURSUS PENDEK PENGANTAR PENDIDIKAN

Kkbi Tap Update

Thursday, 30 June 2011

SOALAN KERJA MINGGUAN

KRITIKAN JURNAL @ CRITIKAL REVIEW

Soalan ;
1. Kurikulum merupakan faktor penting dalam pembentukan pendidikan.
Anda dikehendaki mencari melalui buku2, di Pusat Sumber (Redspot) atau internet mengenai model-model penilaian kurikulum pendidikan sama ada di dalam @ luar negara, dalam bentuk jurnal @ artikel @ tesis @ penulisan ilmiah @ seminar. Bahan2 tersebut perlu dikritik menurut apa yang anda faham.

Arahan :
1. Tugasan ini berbentuk individu.
2. Tajuk artikel tidak boleh sama antara satu sama lain.
3. Artikel tersebut perlu di binding dlm bentuk ring file.
4. Seelok-eloknya artikel yg terkini (thn 2000 ke atas).
5. Artikel ini kebanyakannya ada dalam Pusat Sumber Bahagian Redspot (Himpunan Jurnal, Prosiding, Seminar dll artikel.
6. Anda bebas mengkritik... panjang muka surat tiada had.
7. Tarikh hantar pada 10 Julai 2011 @ berbincang dengan pensyarah masing2.

Tuesday, 21 June 2011

M1 19 Jun 2011

TEMA 1 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN

1. Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan

Konsep pendidikan dari perspektif Islam dan Barat.

Wednesday, 7 July 2010

Konsep Pendidikan

Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
* Aktiviti persekolahan.
* Usaha untuk menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat,
* Untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa,
* Menyediakan masyarakat yang dapat menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan.

PLATO
* suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia
* tujuan: memberi latihan kewarganegaraan yang baik. (sokong Socrates)
* dapat membentuk warganegara yang baik serta setia & mematuhi undang2 negara.

ARISTOTLE
* pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal & politikal
*Tujuan: memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya.
* dapat melatih warganegara mematuhi peraturan2 tingkah laku yang baik & cekap dalam pentadbiran serta kedaulatan negara.

JEAN JACQUES
*suatu proses yang berterusan & bermula dari masa kanak2 kecil.
*Segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi.

JOHN MACDONALD
*masyarakat primitif: latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang .
* Masyarakat moden: latihan khusus kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan penting untuk kehidupan.

JOHN STUART MILL
suatu proses yang memberi bantuan untuk setiap individu supaya berhidup dengan penuh kegembiraan.

MARIA MONTESORI
proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani & sosial kanak-kanak.

JOHN DEWEY
*proses perkembangan individu.
*Usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya, dapat berhidup dengan lebih
berguna & selamat.


Sunday, 4 July 2010

MAKLUMAN KELAS PA/BI/BA1

Makluman kepada Kelas PA/BI/BA1, kelas ini telah diganti oleh WAN GHAZALI TEL 0199186005.

Monday, 28 June 2010

TOPIK PEMBENTANGAN 2010

1. Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan
- Rumuskan konsep Pendidikan menurut pendapat tokoh pendidikan dalam dan luar negara
- Jelaskan sejarah pendidikan negara sebelum, pra, selepas merdeka.
- Analisis matlamat dan objektif Pendidikan dalam pembangunan Insan negara.

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPG) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
- Rumuskan Konsep FPK dan FPG
- Implikasi FPK dan FPG kepada pendidikan negara.
- Jelaskan rasional dan unsur utama dalam FPK dan FPG
-Analisis unsur utama dan implikasi FPK dan FPG dalam pelaksanaan pendidikan dan pembinaan ketrampilan dan jati diri murid dan guru.

3. Guru sebagai satu Profesion
- Jelaskan konsep keguruan sebagai satu profesion
- Jelaskan konsep Kod etika perguruan Malaysia dan kepentingannya.
- Analisis unsur kod etika perguruan Malaysia dan implikasi kepada akauntabiliti guru.
- Mengkaji dan membincangkan ciri-ciri dan kualiti seorang guru yg profesional.
- Jelaskan ciri-ciri dan kualiti guru yg profesional

TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN

4. Pendemokrasian Pendidikan
- Konsep pendemokrasian pendidikan
- Kesaksamaan pendidikan
-murid daripada keluarga kurang beruntung, murid istimewa, jantina, kelas bercantum,
sekolah pendalaman dan kurang enrolmen.

5. Pendidikan wajib untuk semua
- Jelaskan Pendidikan wajib untuk semua (Akta Pendidikan 1996)
- Jelaskan Implikasi pelaksanaan pendidikan wajib melalui Akta Pendidikan 1996.

6. Kepelbagaian Murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum.
- Pengubahsuaian pelaksanaan kurikulum berpusat mengambilkira faktor-faktor :
- Kepelbagaian Latar belakang dan ciri murid.
- Sekolah dan komuniti.

7. Permuafakatan Komuniti dan sekolah
- Konsep, rasional dan kepentingan komuniti dan sekolah.
- Hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti.
- Jelaskan Strategi membina permuafakatan sekolah dan komuniti.

8. Pendidikan dan pembangunan manusia
- Pembangunan insan seimbang
- Pembangunan sumber manusia
- Terangkan peranan pendidikan dalam pembangunan sumber manusia sejajar dengan keperluan dan wawasan negara.
-Jelaskan kepentingan rancangan pendidikan yg komprehensif dan bersepadu dalam pembangunan insan yg seimbang.

9. Globalisasi dan cabaran pendidikan
- Konsep globalisasi.
- Hubungan globalisasi dengan kepentingan
- Berikan contoh-contoh globalisasi dan kesan baik dan buruk terhadap manusia.

10. Globalisasi dan cabaran pendidikan
- Implikasi globalisasi ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran, pekerjaan dan
penjanaan ilmu.
- Cabaran globalisasi kepada dunia pendidikan.
- Analisis globalisasi dan kesannya ke atas pendidikan serta cabaran-cabarannya.
Peraturan;
1. Pembentangan hendaklah menggunakan power point dan handout disediakan kepada setiap kumpulan.

Penilaian
1. Kerja Kursus : 70%
2. Pembentangan : 20 %
3. Sikap dan Sahsiah : 10%

BUKU CADANGAN RUJUKAN
1. Falsafah dan konsep Pendidikan pengarang Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa
2. Teacher Education: Interface between practices and policies : The Malaysian Experience pengarang Ratnavadiel.
3. Pengajian Sosiologi dalam pendidikan pengarang Aini Hasan
4. Curriculum foundations principles and issues pengarang Omstein
5. Quality in Teaching pengarang Carr
6. Pengantar Teras Pendidikan pengarang Mok Soon Sang

Wednesday, 30 September 2009

Monday, 7 September 2009

Kanak-kanak pintar aset berharga

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pembangunan modal insan negara akan ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura sekiranya aset berharga iaitu kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa tidak dijaga dan dilatih dari peringkat awal.
Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata Pintar, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebolehan kanak-kanak itu akan terbiar dan tidak boleh digunakan untuk kebaikan dirinya dan negara sekiranya program pembangunan untuk mereka tidak dimulakan dari sekarang.
''Kalau kita tak mulakan sekarang, saya khuatir kanak-kanak pintar ini akan pergi ke negara-negara lain untuk mendapatkan program-program yang disediakan oleh negara-negara tersebut.
''Amat merugikan jika mereka ini tidak diberikan peluang untuk mengembangkan kebolehan dan keistimewaan masing-masing,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan laporan kemajuan Projek Permata Pintar yang telah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rosmah berkata, ramai rakyat negara ini yang dikesan mempunyai kebolehan luar biasa terutama dalam akademik mendapat tawaran melanjutkan pelajaran atau menghadiri kursus-kursus di luar negara memandangkan tiada peluang yang sesuai untuk mereka di negara ini.
''Ada antara mereka yang saya jumpa mendapat peluang itu, tetapi saya tidak boleh halang kerana ia adalah masa depan mereka. Jadi rasa amat rugi kerana kita tidak boleh melatih sendiri mereka ini.
''Malah sekarang pun sudah ramai pergi ke negara jiran, diberi biasiswa dan kerakyatan untuk belajar dan bekerja di sana dan ini merupakan kerugian buat negara,'' katanya.

Thursday, 16 July 2009

DEFINISI PENDIDIKAN

" Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ".

"process of living and leaning by which the child become an understanding adult citizan with strong concern for the development of a world in which free man can and will act together, even fight if necessary , for the common good "American Education Fellowship, "Objectives and Program of the American Education Fellowship ", Progressive Education, Vol. 22 (October 1944), p. 9.

" a preparation for battling with the immediate experiences of life , a preparation by which to qualify each immediate moment with relevant ideas and appropriate actions "
Alfred North Whitehead, The Aims of Education ( New York : Macmillan, 1929 ), p.58.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuanberakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
SOALAN RAMALAN
Huraikan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan.